Tuesday, 29 December 2015

Diabetes atau dikenali sebagai kencing manis merupakan keadaan di mana terdapat paras gula (glucose) yang tinggi di dalam darah. Paras gula tinggi ini mungkin di sebabkan oleh penghasilan insulin yang tidak mencukupi atau sel badan yang tidak lagi memberi respon baik pada insulin yang terhasil. Insulin adalah hormon yang di hasilkan oleh pankreas.


                                                           
ulser kaki akibat kencing manis


Tahukan anda, penyakit kencing manis berada dalam paras nombor 7 dalam senarai penyakit yang paling banyak membunuh rakyat Malaysia malahan juga di dunia?

Kencing manis yang tidak dikawal pada jangka masa panjang boleh mengakibatkan penyakit kronik seperti :-           a. serangan jantung
          b. strok
          c. kegagalan fungsi buah pinggang
          d. ulser kaki
          e. hilang deria penglihatan.

Tanda Awal Kencing Manis!


1. Rasa Lapar & Keletihan
Setiap makanan yang memasuki badan akan ditukar kepada gula (glukos) yang digunakan oleh sel badan sebagai tenaga. Namun, pesakit kencing manis akan mempunyai masalah di mana insulin yang terhasil oleh badan tidak mencukupi. Insulin ini bertindak sebagai pemangkin untuk menukar makanan kepada glukos dan seterusnya menjadi tenaga.
Disebabkan inilah, pesakit kencing manis akan mudah merasa letih dan lapar.


                                           
pesakit kencing manis akan berasa dahaga yang keterlaluan


2. Kerap Buang Air Kecil & Dahaga Berlebihan
Kadar normal seorang yang sihat dianggarkan membuang air kecil sekerap 4-7 kali dalam 24jam. Berbeza dengan pesakit kencing manis, mereka akan selalu terasa ingin membuang air kecil. Ini kerana, kencing manis yang menyebabkan gula dalam darah tinggi, menyebabkan buah pinggang tidak dapat memproses keseluruhan kandungan dalam darah dan ia akan cuba mengeluarkannya dari badan melalui air kencing. Bila kerap membuang air kecil, pesakit kencing manis juga akn mudah merasa dahaga.

3. Kulit kering & Kegatalan
Disebabkan banyak cecair keluar dari badan, ia menyebabkan kulit kekeringan. Kulit kering akan membawa kepada kegatalan pada kulit.

4. Kabur Penglihatan
Perubahan kandungan cecair dalam tubuh akan memberi kesan kepada penglihatan. Bentuk mata dan focus akan terjejas.

5. Kutil-kutil kecil
Kelihatan kutil-kutil kecil keluar di antara celah-celah jari kaki dan tangan, di bawah payudara dan di sekitar kawasan alat sulit.

6. Luka Lambat Sembuh
Bila luka terjadi, luka pastinya ambil masa yang lama untuk sembuh. Ini kerana, kandungan gula yang tinggi dalam badan menyebabkan perjalanan darah terganggu dan menyebabkan kerosakan pada saraf. Ini menyebabkan proses penyembuhan lambat berlaku.

7. Rasa Kebas Terutama Pada Kaki
Kerosakan saraf ini juga menyebabkan rasa kebas atau hilang deria rasa terutama pada bahagian kaki. Ada tahap juga pesakit kencing manis tidak sedar yang kakinya luka kerana tiada rasa sakit.


                                               
suntikan sendiri insulin cara terakhir dan terpantas mengawal kencing manis


Jangan ambil ringan jika anda atau ahli keluarga anda menghadapi tanda-tanda ini. Pergilah buat pemeriksaan kesihatan agar dapat dipastikan tahap kesihatan anda. Jika di sahkan menghidapi kencing manis, segeralah mendapatkan rawatan.

Selain daripada konsisten mengambil ubatan dari hospital/klinik, disyorkan juga ikhtiar dengan alternatif makanan tambahan semulajadi dari Shaklee ini seperti Vivix yang telah di uji secara klinikal mengandungi tahap resveratrol yang tinggi yang dapat meningkatkan imun badan dan menjadi penawar kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dan untuk penjagaan kesihatan yang menyeluruh. (Boleh baca lebih lanjut khasiat Vivix disini)

Pencegahan lebih baik daripada merawat!

Semoga entri ini bermanfaat & dapat melindungi insan kesayangan anda.

Salam Sayang,
Mama Sara & Hakeem

0 comments:

Post a Comment