Friday, 25 December 2015

Khamis 17/12/15 sepatutnya aku kerja. Sebab adik perempuan (Awin) punya turn pula ambil cuti jaga ayah. Memandangkan kejadian semalam ayah terjatuh di wad, aku rasa tidak senang hati. Cuti terakhir tahun 2015 ni aku ambil juga untuk teman ayah di hospital. Awin tidur rumah aku malam tadi sebab kami balik lewat dari hospital. Jauh Awin nak balik ke Klang sendirian.Seawal pukul 6 pagi aku dengan Awin keluar rumah sebab takut anak-anak bangun nanti lambat pula ke hospital. Anak-anak suami tolong uruskan hantar ke taska.

Sampai di hospital ku lihat ayah nampak sihat. Cuma sakit-sakit badan sedikit sebab terjatuh semalam. Kami empat beradik datang hospital hari ini. Kami nekad untuk bawak ayah ke IJN (Institut Jantung Negara). Kami pergi ke IJN untuk tanyakan details berkaitan procedure, rawatan dan kos rawatan. Di IJN jika procedure angiogram itu anggaran kos RM7,000 dan harus deposit sejumlah RM35,000 untuk anggaran jika perlu masukkan maksimum 3 stent.



Institut Jantung Negara



Pihak IJN memberitahu bahawa bil perubatan boleh juga dibayar dengan menggunakan EPF account 2. Along, aku dan Awin terus ke RHB kiosk untuk print statement terkini. Alhamdulillah, cukup semuanya untuk bawa ayah dapatkan rawatan di IJN. Selesai semua kami pun ke hospital.

Sampai di hospital kami berbincang dengan doktor akan perkembangan ayah. Doktor pada mulanya mahu discharge ayah hari ini tapi bercadang monitor ayah sehari lagi kerana kalau ikut rekod kesihatan ayah agak tidak stabil bila hari menjelang petang. Sekali lagi kami berbincang dengan doktor jika seduai untuk transferkan ayah ke IJN. Doktor inform untuk tunggu esok hari.

Jumaat, kami 3 beradik ke ofis sebab mahu uruskan semua dokumen yang perlu untuk pembayaran bil di IJN. Surat majikan, surat beranak, i/c, epf statement yang terkini dan borang pengeluaran epf untuk perubatan. Lunch time pukul 12, aku sempat ke HUKM tengok ayah. Ayah nampak sihat dan ceria. Lagi ceria bila 3 kakaknya pun datang melawat. Kami berbual-bual. Habis lunch time, aku masuk semula ofis.

Jumaat habis kerja awal, pukul 4.45 petang. Aku keluar on time dan bergegas lagi ke hospital. Hati ni memang nak cepat-cepat je sampai dekat ayah. Adik cakap doktor bagi discharge dan tengah tunggu surat reference serta sumary report untuk di awa ke IJN esok. Berkali-kali aku follow up sebab risau lambat sangat balik rumah nanti ayah penat pula sebab esok appointment di IJN pukul 8 pagi. Pukul 7pm surat siap dan bil untuk discharge pun dapat. Ku lihat waktu dah nak masuk maghrib, jadi aku ke surau dulu sebelum buat bayaran di kaunter.

Usai solat maghrib, ku terus ke kaunter bayaran. Tengah bayar mak bagitau yang ayah terjatuh lagi di wad! Kali ni ayah pengsan!

Masya Allah..

Terus aku bergegas ke wad untuk melihat keadaan ayah. Di wad suasana sangat cemas. Doktor dan nurse dengan pelbagai peralatan dalam bilik wad ayah. 3 minit ayah 'hilang'. Dengan bantuan CPR ayah kembali sedar. Alhamdulillah..



cara ringkas untuk lakukan CPR.


Kini ayah terpaksa dibantu dengan alat bantuan pernafasan. Ayah nampak letih dan bernafas laju. Aku mendekati ayah dan bertanya khabar. Ayah cakap dadanya sakit sebab tekanan CPR tu kuat agaknya. Ayah juga tanya apa yang berlaku Ku beritahu ayah terjatuh lagi dan pengsan. Ayah cakap tidak ingat kejadian tu. Adik-beradik semua sudah datang di wad melihat ayah. Ayah menunggu untuk dimasukkan ke CCU. Kata doktor, ayah pengsan disebabkan rhythm jantung ayah tiba-tiba meninggi dan perlu masuk ke CCU untuk pantauan yang lebih rapi. 

Bersambung...

Klik sini untuk Kisah Ayah (Part 1).

1 comments: