Saturday, 9 May 2015

Arini ada buat potluck sesi breakfast dekat ofis. Jadinya nak menyumbang gak sesuatu. Fikir-fikir apa yang paling senang dan cepat nak buat tapi harusla SEDAP! Hehehe... Ting! Idea datang. KEK BATIK. Yes..Memang sonang dan sodap nih..



Malam tadi pukul 11.30 mula. 10 minit dah siap. Betul...jom tengok cara-caranya.

1. Masukkan butter seketul dalam kuali, api kecik je. Biar smpai butter cair semua.



2. Masukkan susu pekat 1/2 tin. Jenama apa? Tak kisah asalkan susu pekat lah hihi



3. Masukkan milo 2 cawan camtu. Kalau nak rasa lebih coklat, boleh letak serbuk koko juga.



4. Kacau sampai semua bahan sebati.


5. Sepeket biskut marie patah-patahkan empat. Pastu masukkan dalam kuali dan gaul..gaul..dan gaul lagi..heheheh




6. Masukkan dalam loyang yang dialas dengan aluminium foil (mudah nak keluarkan dan potong), lenyek-lenyekkan dengan sudu bagi susunan biskut marie tu padat.


7. SIAP! Boleh simpan dalam peti sejuk semalaman. Haaaa senang sangat kan? Bangun tido, bukak peti sejuk dah siap kek batik sodap siap dalam 10 minit. Nyummm...nyummmm!!

Jom cuba. Ambik je resepi ni, tak yaj tanya-tanya aih..hehehheeh











0 comments:

Post a Comment